assalammualaikum dan salam sejahtera,
Sebenarnye,yang ni cerita lame punye. Tapi sebab rase bersalah tak share,ni saye selitkan kisah ni walaupun dah lame untuk tatapan orang-orang yang bakal menghadiri interview jpa-mara ni.
Alhamdulillah,pade 27/3/2015,saye mendapat peluang untuk menghadiri sebuah interview anjuran jpa-mara di malay college kuala kangsar (mckk).
Pendekan cerita,dah habis daftar kami duduk dalam kelompok yang pihak jpa-mara bagi (ade tulis dalam surat tawaran lepas buat SAC). Mula-mula tu,nak bagi hilang nervous,abang tu suruh la kami panaskan badan. Kemudian,berbaris dalam kelompok (ade dua je,tapi ramai la dalam 20 lebih). Selepas tu,kami dipecahkan dalam kumpulan kecil. Dah duduk dalam kumpulan kecil dari kelompok yang same,abang tu suruh kami buat cheers dalam mase 3/5 minit. Memang on the spot kami buat,tak sempat nak introduce pun. Kumpulan saye ade 8 orang,3 lelaki dan 5 perempuan. Alhamdulillah semua sporting.
Dah dengar cheers semua tu,kami pergi la sebuah bilik ni. Dalam bilik ni,kami dan satu lagi group dengan dua orang ahli panel (lelaki dan wanita).
Sesi pertama (bahasa inggeris):
Okie,mase sesi ni,ahli panel tu cakap la dalam bahase inggeris dan dengan tekun dan khusyuknye,kami semua dengar dengan teliti. Kami diberi sehelai kertas kajang dan beberape pen marker. Kirenye,kami kena buat perbentangan la. Tema dan arahan same cume,tugasan berbeza. Tema die mengenai,
How to promote Malaysia to other countries?
Okie,senang je kan?
Tugasan kami dapat,
Challenges and innitiative to overcome this problem.
Alhamdulillah,mase ni,idea ade,tapi nak translate tu agak payah sikit. Memang speaking broken english mase bincang tu tapi,alhamdulillah,kawan sume support tolong cari ayat nak back up. Masa diberi untuk bincang dan menulis semua ialah,20/30 minit. Mase present pun,kalau kawan dah macam tak ade idea nak cakap,mohon back up,jangan nak berjaye sensorang ye.
Tugasan kumpulan lagi satu pula,
Who and How to promote Malaysia?
Lepas dah habis bentang,sesi soal jawab pula. Time ni,korang tanye aje ape soalan yang bermain diminda. Jangan hold on sebab rasenye,panel tu kire markah juga kat part ni.
*Habis sesi pertama*
Sesi kedua.
Kami dibawa masuk ke bilik lain,ini untuk sesi bahasa melayu pula. Sesi ni,tolong jangan nak tunjuk pro sangat. Jangan guna bahasa rojak!! Dinilai oleh ahli panel tahu. Okie,dah tukar bilik ni,ahli panel pun tukar la. Dua orang juga,seorang lelaki dan seorang wanita. Macam sesi english tadi,tema dan arahan same cume,tugasan berbeza.
Tema kami,
Mengenai filem Malaysia. Sebagai pemimpin 2040,macam mana anda memantapkan lagi industri ini?
Tugasan kumpulan kami,
Berikan dasar dan bagaimana anda menggunakan sumber kewangan dala tenaga manusia.
Mase ni,kami semua pening juga la. Agak lame fikir,baru kami tulis.Okie,mase bentang memang ramai kawan-kawan back up nak bagi keluar ayat.
Lepas tu,macam tadi,sesi soal jawab.Ahli panel pun ade tanye soalan juga.
Tugasan kumpulan satu lagi,
Cara-cara atau Kelebihan industri ini kepada masyarakat. (Rasenye la,dah lupe).
Dah habis bentang tu,kami pergi balik bilik mendaftar tu dan ambil semula dokumen-dokumen kami. Kemudian,selfie sikit dan balik.
Alhamdulillah,walaupun bila teringat balik rase malu,tapi itu lah pengalaman berharga yang saye sendiri alami.
Mase interview saye,kami disuruh pakai baju t-shirt,seluar track dan tudung berwarna gelap. Kenapa? Sebab saje nak bagi suasane santai dan rileks.
!!PERINGATAN!!
Jangan lupe bawak:
#Surat tawaran,
#Surat yang mane die suruh print,
#Slip gaji mak dan ayah,
#Salinan ic mak,ayah dan diri sendiri
#Ic sendiri (parents punya tak perlu sebab die tak minta pun nanti)
#Sijil berhenti sekolah (original)
#Sijil kokurikulum (markah kesuluruhan & original)
p/s:kalau gemuruh,banyak-banyaklah berdoa,show off diri tapi jangan over. Tunjuk yang kamu memang amat sangat termahu biasiswa ni. Kalau ahli panel tu psiko fikiran kamu,kamu psiko ahli panel tu balik. Jangan mudah gelabah. Banyak senyum. Akhir sekali,tawakal kepada Allah. Ingat,bukan sebarang tawakal,tapi,tawakal dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Semoga berjaye!! Allah yutfah 'alaikum.
*ujian SAC*
ujian ni,dalam komputer,ujian yang pihak jpa-mara tu akan suruh buat. Macam jawab kuiz psikologi aje. Amat mudah sebab berkaitan dengan diri sendiri.
Enjoy ye time interview nanti. Kalau awak seorang yang pemalu, mohon simpan perasaan malu awak kat dalam almari rumah sebelum pergi interview.
Mirrah syuhada dan saye (wani)
Jumpe kawan sekolah rendah mase interview ni. Alhamdulillah jodoh kami panjang lagi. Sebenarnye,ramai lagi tapi,tak sempat nak selfie
Nabilah azmi dan saye (wani)
Kawan dari sekolah menengah. Ahamdulillah jodohnye masih Allah kurniakan.
Lupe nak bagi tahu. Time versi 2015 interview jpa-mara ni,soalan yang diberi adalah berbeza mengikut tarikh. Contoh,kawan saye dapat interview di kedah pade minggu lepas dan saye dapat interview pade minggu ini di perak,soalan yang diberi pihak jpa-mara kepada saya dan kawan saya adalah berbeza. Tetapi,bagi orang yang dapat tarikh interview yang sama dengan saya,soalan kami sama. Harap faham.
Utk ujian SAC ni ad ujian fizikal k?nape suh pakai track suit bagai
ReplyDeleteUtk ujian SAC ni ad ujian fizikal k?nape suh pakai track suit bagai
ReplyDelete